CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

AbOuT mE..(eKYn)

My photo
sG.BuLOh...., SeLaNGoR, Malaysia
AssALaMmUaLAiKum.. hello,hyee...My NaMe EkyN a.k.a Pari-Pari PaGi.. I'm 23 YeARs oLD,WoRking in 1 SMaLL Co. as a AdMiN CLeRk iN FiNaNCe..huhuhuh TaLKaTive person,KaDaNg2 jE PeNdiAm...sOMeTiMe EMoSiONaL, DuN kNow Y...agagagaga SaYa XsOmBUnK,Tp KLu Bz SaNgaT,SyA XdAPAt NaK MeMBaLaS KuNJuNGaN AnDa..;)

My Followers

Tuesday, February 21, 2012

dalam kenangan..

Latiff Ibrahim Tak Sempat Sambut Hari Lahir
Menderita akibat komplikasi pelbagai penyakit jenis termasuklah penyakit jantung, penyanyi era 80-an, Abdul Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 60, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) jam 6.10 petang, semalam. Selain menderita sakit jantung, Allahyarham turut menghidap kencing manis serta paru-paru berair.

Mengimbas jasanya sebagai anak seni, Allahyarham bukan saja dikenali sebagai penyanyi tetapi juga sangat aktif berlakon.
Beliau telah membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu. Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Dari petikan ahli keluarga pula "Kami bukan saja sedih kerana arwah tidak dapat menunaikan impiannya untuk mengerjakan umrah, malahan juga kami sedih apabila beliau meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut hari kelahirannya ke-60 tahun pada Khamis ini,"

Takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...insyaAllah

AL-FATIHAH

0 pengkritik tetap:

 
Copyright© All Rights Reserved ekynyoana.blogspot.com