CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

AbOuT mE..(eKYn)

My photo
sG.BuLOh...., SeLaNGoR, Malaysia
AssALaMmUaLAiKum.. hello,hyee...My NaMe EkyN a.k.a Pari-Pari PaGi.. I'm 23 YeARs oLD,WoRking in 1 SMaLL Co. as a AdMiN CLeRk iN FiNaNCe..huhuhuh TaLKaTive person,KaDaNg2 jE PeNdiAm...sOMeTiMe EMoSiONaL, DuN kNow Y...agagagaga SaYa XsOmBUnK,Tp KLu Bz SaNgaT,SyA XdAPAt NaK MeMBaLaS KuNJuNGaN AnDa..;)

My Followers

Friday, February 24, 2012

selamat pengantin baru

sama cantik sama padan.
Tahniah !! Dengan sekali saja lafaz akad nikah, Lisa  Surihani telah pun sah menjadi isteri kepada Yusry KRU dan perkahwinan yang dinanti – nantikan oleh peminat kini menjadi nyata. Alhamdulillah sudah selamat semuanya..Selamat Pengantin Baru ok..kepada sesiapa yang penah ada hati dekat Lisa selamat bersedih..hehehe
Pasangan Pengantin Baru ini diijabkabul sendiri oleh abang Lisa Surihani iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa di Ballroom Marriott Hotel Putrajaya jam 9 malam tadi. Majlis pernikahan ini juga dianjurkan oleh DZMS Events bertemakan ‘Winter Garden’ dan majlis berjalan lancar dengan gilang-gemilangnya.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek. Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.

selamat pengantin baru...*.*

nota kaki : bilakah agaknya giliran aku kan..opppssss

0 pengkritik tetap:

 
Copyright© All Rights Reserved ekynyoana.blogspot.com