CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

AbOuT mE..(eKYn)

My photo
sG.BuLOh...., SeLaNGoR, Malaysia
AssALaMmUaLAiKum.. hello,hyee...My NaMe EkyN a.k.a Pari-Pari PaGi.. I'm 23 YeARs oLD,WoRking in 1 SMaLL Co. as a AdMiN CLeRk iN FiNaNCe..huhuhuh TaLKaTive person,KaDaNg2 jE PeNdiAm...sOMeTiMe EMoSiONaL, DuN kNow Y...agagagaga SaYa XsOmBUnK,Tp KLu Bz SaNgaT,SyA XdAPAt NaK MeMBaLaS KuNJuNGaN AnDa..;)

My Followers

Saturday, March 31, 2012

MasterChef Malaysia Lagi?

~Selalu bermimpi Selalu bermimpi segala diimpi,
kami teringin menjadi juara
kini kami telah siap sedia
jadi kami terajui yeah yeah
segala diimpi
kami teringin menjadi juara
kini kami telah siap sedia
jadi kami terajui yeah yeah~

haaaa,agak2 sape yang teringat lagu ni??lagu ni dulu setiap sabtu sampai rabu kita akan dgr punya..tapi pas tamat je program ni dah xdgr..yehuuuuuu!!! tp itu bukan aku nak cite,ape yg aku nk cite program ni akan bermula xlame lagi tp kali ni berbeza sikit dengan yg lepas..jom bace entry bawah sebab aku da copy baik punyaa..aku malas nak wt ayat sendiri dah perah santan lagi pk kan idea..huhuh

MasterChef Selebriti Cabar Selebriti Malaysia Di Dapur
Buat julung kalinya, Malaysia bakal dipertontonkan dengan keletah serta aksi selebriti tanah air di dapur dalam program MasterChef Selebriti Malaysia yang akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) mulai 26 Mei ini.Selain berpeluang melihat keletah mereka, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata program tersebut merupakan hiburan amal yang mana seramai 16 selebiriti akan berentap untuk menyumbang wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal.
"Selepas kejayaan MasterChef Malaysia yang lalu, kami merasakan sudah tiba masanya untuk mengembangkan lagi jenama program popular ini supaya dapat memberikan pengisian yang baru dan segar kepada para penonton Astro. Menariknya, penonton dapat menyaksikan sendiri selebriti-selebriti kegemaran mereka bakal disatukan di dapur untuk mengejar misi yang sama. Di samping itu, mereka juga dapat berhibur dan menyumbang wang mereka menangi kepada badan-badan amal yang diwakili oleh setiap mereka.
"Kami juga merasakan dengan adanya program realiti yang berunsurkan hiburan amal seumpana ini dapat menyerlahkan sikap prohatin di kalangan selebirti tanah air yang sudi menghulurkan bantuan dalam meringankan beban badan kebajikan yang memerlukan. Malah ini juga antara inisiatif kami yang mahu menghiburkan dan dalam masa yang sama beramal," katanya yang ditemui ketika sidang media selepas rakaman pertama MasterChef Selebirti Malaysia yang diadakan di Shah Alam, petang semalam.
Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program tersebut termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan, Azwan Ali dan Louisa Chong. Mengulas lanjut mengenai pemilihan 16 orang selebriti tersebut, Raqim memberitahu tidak semua yang dipilih mempunyai kepakaran dalam bidang masakan sebaliknya ramai yang mahu mencuba bidang masakan.
"Proses pemilihan setiap barisan selebriti terlibat ini dilakukan dengan memngambil kira banyak elemen-elemen penting. Antaranya, termasuklah pengetahuan mereka dalam bidang masakan, kemahuan untuk mencuba sesuatu yang baru, latar belakang yang berbeza dari segi peringkat umur, bangsa serta bidang yang mereka ceburi.
"Ini adalah pening bagi memastikan produksi kami dalam mengumpulkan sekumpulan selebirti yang menarik dan pastinya mempunyai nilai-nilai komersial untuk menambat hati para penonton," tambahnya lagi. Selain masih menggunakan konsep yang sama seperti MasterChef Malaysia sebelum ini, dua juri bagi program ini juga masih dikekalkan iaitu Chef Jo dan Chef Zubir kecuali Chef Riz yang ditukarkan kepada juri baru iaitu Chef Adu Amran.
MaterChef Selebriti yang baru sahaja memulakan penggambaran pada 27 Mac, bakal bersiaran di Astro Ria setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9 malam bermula 26 Mei 2012. MasterChef Selebriti Malaysia bakal ke udara selama empat kali seminggu selama 28 episod.
Nota Kaki : Lame lagi nak tunggu bulan Mei..ni baru nk masuk April kan...ngee @_@

0 pengkritik tetap:

 
Copyright© All Rights Reserved ekynyoana.blogspot.com