CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

AbOuT mE..(eKYn)

My photo
sG.BuLOh...., SeLaNGoR, Malaysia
AssALaMmUaLAiKum.. hello,hyee...My NaMe EkyN a.k.a Pari-Pari PaGi.. I'm 23 YeARs oLD,WoRking in 1 SMaLL Co. as a AdMiN CLeRk iN FiNaNCe..huhuhuh TaLKaTive person,KaDaNg2 jE PeNdiAm...sOMeTiMe EMoSiONaL, DuN kNow Y...agagagaga SaYa XsOmBUnK,Tp KLu Bz SaNgaT,SyA XdAPAt NaK MeMBaLaS KuNJuNGaN AnDa..;)

My Followers

Thursday, April 5, 2012

I'm Sorry...

Dira Abu Zahar Minta Maaf Awal minggu lalu industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita panas mengenai hos wanita popular yang telah menendang dan memijak muka seorang wanita di sebuah kelab hiburan yang terletak di Jalan Sultan Ismail..

Pelbagai spekulasi dan cerita mengatakan bahawa individu yang diheret serta didakwa adalah Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira iaitu pengacara sebuah rancangan hiburan sensasi.

Pada Isnin lalu sebuah blog popular telah menyiarkan penafian Dira berhubung dakwaan yang mengatakan pengacara itu terlibat dalam insiden tersebut dan dia mengatakan dia tiada masa untuk ke tempat sedemikian.
Malah hari ini, melalui blog yang sama telah disiarkan pula laporan pihak polis daripada mangsa berkenaan insiden berkenaan.

Sementara itu menerusi laporan akhbar The Star hari ini, Dira turut menafikan dakwaan itu kerana pada hari kejadian dia telah keluar membeli-belah bersama-sama keluarganya. Portal murai.com.my telah menghubungi Dira untuk mendapatkan penjelasannya setelah namanya diheret dan didakwa ke dalam isu ini.

"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan dan melibatkan pihak berkuasa. "Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana paham dengan situasi saya sekarang," jawab Dira.


Nota Kaki : Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata / perbuatan macamane lak nak under ek??


0 pengkritik tetap:

 
Copyright© All Rights Reserved ekynyoana.blogspot.com