Monday, April 2, 2012
Posted by
~LoVE PiNk~
at
2:05 AM
0
pengkritik tetap
Saturday, March 31, 2012
MasterChef Malaysia Lagi?
kini kami telah siap sedia
jadi kami terajui yeah yeah
segala diimpi
kami teringin menjadi juara
kini kami telah siap sedia
jadi kami terajui yeah yeah~
Posted by
~LoVE PiNk~
at
11:30 PM
0
pengkritik tetap
Friday, March 30, 2012
AKU XNAK SAKIT!!
Kala ini hidung masih tersumbat,pusing kiri pusing kanan untuk mencari posisi yg sesuai..tapi sumenya gagal..badan lesu tidak bermaya..mudah mudahan aku dpt bertahan sampai ke petang..
Untuk bermotivasikan diri,ada la aku bace petikan ini..jom same2 kita memperingatkan diri kita..ketahui la wahai semua apabila seseorang hamba Allah itu jatuh sakit, maka Allah akan utuskan 4 malaikat iaitu :-
- Malaikat pertama akan mengambil selera makan..
- Malaikat kedua akan mengambil rezeki..
- Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah (muka pucat)..
- Malaikat keempat akan mengambil dosanya..
Posted by
~LoVE PiNk~
at
11:15 AM
0
pengkritik tetap
Thursday, March 29, 2012
ape pandang - pandang ??
Penerbit : Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Genre : Pengembaraan, Komedi
Tarikh Tayangan : 29 Mac 2012
Pelakon : Zizan Raja Lawak, Nas-T, Sara Ali, Miera Leyana
SINOPSIS JANGAN PANDANG PANDANG
Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri.
Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.
Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob.
Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot.
Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.
Nota Kaki : Nak tau semua pergi wayang la tengok sendiri..then boleh la komen best ke idak..^^
Posted by
~LoVE PiNk~
at
5:47 PM
0
pengkritik tetap
Wednesday, March 28, 2012
"_Cite Lawak_"
Bahahaha,bagi aku memang lawak la cite ni..aku ketawa sorang2 pas bace ni tadi..so aku nak la post pasal cite ni..hope korang sume pon akan tergelak la macam aku atles senyum kambing sikit pon jadi la..
Kisahnya tentang nenek dan juga cucu nya.........
" Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya yang xbape nak muda lagi.....
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek..*muahahaha ketawa jahat).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek tu ea cu."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"
Nota Kaki : Hahahaha lawak tak??korang yang bace ni ade gelak x? busuk2 pon buat2 la gelak weii...hee sekarang ni aku macam rajin lak cari cite2 lawak dapat gk la hiburkan haty..nk g clubbing xbaik,dosa tau..
Posted by
~LoVE PiNk~
at
6:27 PM
0
pengkritik tetap
Peringatan untuk diri T_T
✔ Subhanallah ▬ ► UJIAN apa yang KAU berikan ini,
✔ MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,
✔ Astaghfirullahaa'zim ▬ ► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,
✔ Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,
✔ Alhamdulillah ▬ ► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU
Nota Kaki : Untuk peringatan sendiri,kadang2 kita ni tahu sebut jer tapi makne xtau..
Posted by
~LoVE PiNk~
at
11:18 AM
0
pengkritik tetap
Tuesday, March 27, 2012
merawat hati "_"
Menangis - Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah dengan menangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda. Anda seharusnya perlu untuk melakukan sesuatu yang mampu untuk membahagiakan daripada meratapi kesedihan yang dialami.
Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat - Suatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri, lebih 80% bersetuju bahawa mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ia sememangnya satu tindakan yang salah sekiranya anda memendamkan perasaan.
Sibukkan diri - Suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan. Adakah anda akan terus menangis untuk jangka masa setahun dari sekarang? pasti tidak bukan. Lebih baik anda memikirkan mengenai perancangan yang sepatutnya dilakukan daripada memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami. Tinggalkan kesedihan yang dialami dan jadikannya sabagai pencetus motivasi untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.
Posted by
~LoVE PiNk~
at
12:31 PM
2
pengkritik tetap
Monday, March 26, 2012
alkisah telur @_@
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti.
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya… bau pon boleh tahan…masyuukkkk maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi… Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOOOOTTTTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia… adalahmacam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi…
Posted by
~LoVE PiNk~
at
10:44 AM
0
pengkritik tetap
Wednesday, March 21, 2012
TOMCAT la pulak..
Sehingga hari ini sejumlah 48 orang dilaporkan tercedera akibat bersentuhan dengan serangga itu dan terkena racunnya.
Mangsa yang bersentuhan dengan serangga itu biasanya mengalami masalah kulit timbul bintik-bintik, gatal berair dan meninggalkan bekas hitam pada kulit.
Jabatan Kesihatan Jawa Timur telah memberi penerangan kepada masyarakat supaya berwaspada dan menghindarkan diri daripada bersentuhan dengan serangga Paederus itu selain meminta mereka melakukan usaha pencegahan.
Bunuh tomcat dengan menyembur racun serangga dan buang tanpa menyentuhnya. Jika sentuhan pada kulit tidak dapat dielakkan, mereka hendaklah segera mencuci dengan air yang mengalir dan sabun bahagian kulit yang bersentuhan dengan serangga itu.
Penduduk juga dinasihatkan membersihkan kawasan persekitaran rumah dan memeriksa dinding serta siling rumah dekat lampu sebelum tidur.
Posted by
~LoVE PiNk~
at
5:11 PM
0
pengkritik tetap
Tuesday, March 20, 2012
kosong ^^
Membuatku rasa
Nota Kaki : Dalam banyak2 lagu si dak kecik ni,lagu ni lak jadi faberet aku...bahahaha layan kan aje...!!
Posted by
~LoVE PiNk~
at
4:07 PM
0
pengkritik tetap
Monday, March 19, 2012
DIA
assalammualaikum...
nota kaki : dear my sayang,take a good care of urself ok...
Posted by
~LoVE PiNk~
at
5:29 PM
0
pengkritik tetap
Friday, March 16, 2012
Adakalanya kita HARUS bergelak, agar kita tahu MAHALnya nilai airmata..
Posted by
~LoVE PiNk~
at
11:22 AM
0
pengkritik tetap
Thursday, March 15, 2012
‘Mak, kau cari aku ke?’
PASIR GUDANG: “Malam tadi (kelmarin) Dirang muncul dalam mimpi, dia memeluk dan mencium saya sambil berkata: ‘Mak, kau cari aku ke?’ |
“Saya mengiakannya sebelum bertanya mengapa dia tidak balik dan Dirang menjawab: Jangan sedih lagi, aku di sini sudah ok,” kata Roselyn Alan, 25, ibu kanak-kanak berusia lima tahun yang dibunuh sebelum dibakar, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Dirang. |
Roselyn yang ditemui di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini semalam pada mulanya enggan ditemui kerana masih bersedih dengan kehilangan Dirang, namun akhirnya sudi berkongsi perasaannya selepas dipujuk. |
Sebelum itu, dia bersama 150 orang menghadiri pengebumian jenazah Dirang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai, jam 1.20 tengah hari. |
Menurut Roselyn, walaupun sedih dia tetap tabah menerima takdir kehilangan anak dalam keadaan cukup tragik. |
“Saya memang sedih, namun sebagai orang Islam, saya reda pemergian Dirang. Saya berterima kasih kepada semua pihak termasuk polis dan jiran yang banyak membantu kami selama ini. |
“Mungkin takdir Dirang begitu, walaupun dia pergi buat selama-lamanya, sekurang-kurangnya saya dapat melihat jenazahnya buat kali terakhir,” katanya. |
Pada masa sama, Roselyn memaklumkan mereka sekeluarga mempertimbangkan berpindah ke tempat lain. “Saya sering teringat serta terbayang wajah dan keletah Dirang apatah lagi apabila menonton siri animasi kegemarannya, Upin dan Ipin di televisyen. |
“Kami bercadang berpindah bagi melupakan semua kenangan di sini. Bagaimanapun ia masih dalam perbincangan memandangkan suami belum mendapat tawaran kerja,” katanya. |
Roselyn yang mengulangi harapan agar pembunuh Dirang menerima hukuman setimpal secepat mungkin berkeyakinan bekas suaminya tidak terbabit dengan kematian anak mereka. |
“Saya harap pembunuh akan ke tali gantung. Selain itu, saya percaya bekas suami tiada kena mengena dalam pembunuhan Dirang kerana dia terlalu sayangkan anaknya apatah lagi kami berpisah cara baik,” katanya. |
Menurut Roselyn, keluarganya juga mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin tiga hari berturut-turut bermula semalam. |
Pada 1 Mac lalu, Dirang dilaporkan hilang ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit di flat berkenaan. |
Hasil siasatan dan makulmat awam, polis kemudian menemui rangka manusia di dalam lubang di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Masai pada 8 Mac lalu dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan terhadap rangka berkenaan mendapati ia sepadan DNA Roselyn. |
Empat suspek membabitkan sepasang kekasih, rakan mereka serta bapa kandung Dirang masih ditahan reman oleh polis hingga esok bagi membantu siasatan. |
Posted by
~LoVE PiNk~
at
10:27 AM
0
pengkritik tetap
Tuesday, March 13, 2012
KEJAM GILER!!!
JOHOR BHARU : Misteri kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang terjawab selepas polis mengesahkan penemuan rangka rentung di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai di sini Khamis lalu adalah milik kanak-kanak malang itu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, ia berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka terbabit yang sepadan dengan DNA ibunya, Roselyn Alan, 25. “Berdasarkan pemeriksaan di tempat kejadian kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudian dihantar ke makmal di mana hasilnya sepadan dengan DNA ibunya.
“Siasatan awal sebelum ini mendapati ia milik manusia dewasa namun, siasatan lanjut mendapati ia milik Nurul Nadirah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, mayat yang dijumpai pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan proses pengecaman. “Empat individu termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tahanan reman. “Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang sementara motif sebenar kejadian masih disiasat,” tambahnya.
Nota Kaki : Dek kerana ibu malas dan sibuk berFB ni lah "hadiahnya" apabila Dirang telah pun dijumpai dengan keadaan yang amat memilu hati. Kejamnya manusia sampai Nurul Nadirah @ Dirang mati dibakar..kemana pergi nilai kemanusiaan hingga sanggup berperangai
Posted by
~LoVE PiNk~
at
5:20 PM
0
pengkritik tetap
Friday, March 9, 2012
Peristiwa & Hari...
Jom kita sama-sama menambah ilmu pengetahuan..mudah mudahan entry ini dapat memberi manfaat kepada semua golongan...^^
Hari Isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah...
1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"
Hari Selasa
1. wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. habil terbunuh hari selasa..
Hari Rabu
1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..
Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah...
Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra
Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.
Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Allah menjadikan laiutan yang tujuh...
Nota Kaki : Sesungguhnya Engkan yang maha Besar...KebesaranMu tiada tanding,,
Posted by
~LoVE PiNk~
at
1:44 PM
0
pengkritik tetap
Thursday, March 8, 2012
ku pendam sebuah duka..(:
Posted by
~LoVE PiNk~
at
3:02 PM
0
pengkritik tetap
Tuesday, March 6, 2012
update blog!! (^.~)
Posted by
~LoVE PiNk~
at
5:59 PM
2
pengkritik tetap
Friday, March 2, 2012
hari ini hari jumaat..
Posted by
~LoVE PiNk~
at
11:23 AM
0
pengkritik tetap


