CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

AbOuT mE..(eKYn)

My photo
sG.BuLOh...., SeLaNGoR, Malaysia
AssALaMmUaLAiKum.. hello,hyee...My NaMe EkyN a.k.a Pari-Pari PaGi.. I'm 23 YeARs oLD,WoRking in 1 SMaLL Co. as a AdMiN CLeRk iN FiNaNCe..huhuhuh TaLKaTive person,KaDaNg2 jE PeNdiAm...sOMeTiMe EMoSiONaL, DuN kNow Y...agagagaga SaYa XsOmBUnK,Tp KLu Bz SaNgaT,SyA XdAPAt NaK MeMBaLaS KuNJuNGaN AnDa..;)

My Followers

Sunday, July 18, 2010

Kenapa Aku Diuji Sebegini

Sebagai peringatan pada yang tidak suka, kata-kata ini hanya luahan biasa insan yang tidak pernah sempurna.. Akal aku letakkan di atas, nafsu jahat aku pinggirkan nun jauh di sudut dapur.. Sebesar gunung pun kegembiraan pasti akan ada luruhnya.. Segagah mana pun usaha pasti akan sakitnya.. Penyakit yang menyumpit keras racunnya apa lagi kalau bukan sifat manusia yang mana mungkin akan senang dengan manusia yang senang..

Aku punya satu nilai capaian yang mahal untuk aku beli.. Maka tak mustahil apa yang aku lakukan mungkin lebih dari orang lain.. Apa yang aku buat lebih usaha dari orang lain.. Dan hasilnya sudah tentu untuk keuntungan aku sendiri.. Jangan nilai untung hanya pada duit.. Prestasi juga menjadi keuntungan diri.. Aku usaha untuk aku dan balasannya sudah tentulah untuk aku.. Fikir pada logik, aku yang makan takkan kau yang kenyang?

Berusaha dengan jujur dan ikhlas, itu yang patut (lebih sesuai wajib) dilakukan.. Dan tak menjadi masalah kalau usaha lebih mendapat perhatian yang lebih.. Dan kenapa pulangan yang lebih kerana usaha menjadi bualan belakang yang kadang kala menanahkan telinga.. Sedarkah itu menjadi tabiat ataupun dengan kata lain budaya yang cukup-cukup sempurna untuk mendewasakan sifat kelalaian diri!

nota hujung jari:

1. Aku tidak pernah dendam jika aku titiskan peluh kau titiskan air liur..

2. Air liur boleh disinonimkan dengan banyak cakap dan juga banyak tido ataupun malas!

3. Perangai kipas-mengipas..aku tahu engkau sangat hebat!




p/s-perasaan cemburu iri hati,dengki tidak pernah lekang dari kehidupan manusia...={

Thursday, July 8, 2010

spain menang??da tau da..:D

penat aku bersekang mata untuk menyaksikan perlawanan antara sepanyol dan germany...dan hahahahha akhirnya Sepanyol menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Moses Mabidha pagi tadi.

usaha gigih pasukan sepanyol akhirnya terbalas apabila Gol kemenangan Sepanyol dijaringkan Carles Puyol pada minit ke-73.Sepanyol akan bertemu Belanda pada perlawanan akhir,sama2 kita saksikan oke...(",)

nota kaki:betol kata sotong...credit to mr sotong....alalalala

< p="">

Saturday, July 3, 2010

huu bila belanda singkirkan brazil disuku akhir

uwaaaaa,setelah berhempas pulas bermain dengan penuh semangat yang jitu akhirnya impian Brazil untuk merangkul Piala Dunia kali ini nampaknya tidak kesampaian...ooohhhhhh apabila disingkirkan oleh Belanda dengan jaringan 2-1.

Pada Separuh masa pertama Brazil mendahului dengan jaringan Robinho pada minit ke-10. cewahh dalam hati sudah berbunga yang brazil leh menang..go brazil go!!!!
manakala Belanda pula memperoleh gol penyamaan pada separuh masa kedua menerusi jaringan sendiri Felipe Melo, minit ke-53, tetapi lubang hidung mu tetap menjadi pujaan hatiku apabila tandukan maut dari Wesley Sneijder pada minit ke-68 telah mengecewakan Brazil.....huuuuuuu ;( balik kampung la brazil....




Aksi Wesley Sneijder ketika mejaringkam gol kedua Belanda

Wesley Sneijder memegang kepalanya setelah berjaya menanduk masuk gol kedua Belanda


oleh yang demikina, Belanda akan bertemu Uruguay pada peringkat separuh akhir nanti.Uruguay layak ke separuh setelah berjaya menewaskan Ghana dengan jaringan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti,setelah terikat 1-1 selepas masa tambahan. ermmm kita tengok sapa yang kenaaaaaaa.....=)

Friday, July 2, 2010

rindu ingin menulis..

agagagagga...
sudah sekian lama aku tidak menulis..
haaiii,rindu rasanya,,,,kawan2 semua rindu i x??*blushing* perasaan lah kamo ada org nak rindu kan...:p
sorry yang lalu lalang kt shout box i coz lmbat berkunjung and melawat blog u all semua..

alhamdulilah,aku dah pon selamat menghabiskan sesi pembelajaran di peringkat Hingher National Diploma,dan kini aku berusaha menjadi usahawan yang berjaya dengan menanam anggur di pinggir bibir..opppsssss,cam x kena jer..hua hua hua

sejak dari balik bercuti ni,baru hari ni aku dapat on9 dengan tenangnya,di saat ini aku sedang duduk bersila atas kerusi sambil menaip seorang diri di ICE ROOM taman shamelin..ramai yang lalu lalung dan tengok2 ke arah aku!!1huhhh,apa korang pandang2 haaa??aku lawa kan??ke baju aku koyak ek??hhuhuh ape2 laa ea,janji aku xmintak sapa2 duit tok langsaikan sume bil aku ni...hehehehhe
tapi agak bosan kan duduk sorang2,errr xda sape2 ke ek nk ngorat aku kt cnie??kah kah kah gedik sehhh...

sebelum aku pergi,inign aku menyannyi sebuah lagu kepada anda semua...dimintak jangan tutup telinga oke,kalau hujan anggap sahaja hujan rahmat...ngeee

Sendiri

Sendiri
Manempu hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan

( korus )
Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara

Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara
sekian,terima kasihhhhh....=) 

 
Copyright© All Rights Reserved ekynyoana.blogspot.com