CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

AbOuT mE..(eKYn)

My photo
sG.BuLOh...., SeLaNGoR, Malaysia
AssALaMmUaLAiKum.. hello,hyee...My NaMe EkyN a.k.a Pari-Pari PaGi.. I'm 23 YeARs oLD,WoRking in 1 SMaLL Co. as a AdMiN CLeRk iN FiNaNCe..huhuhuh TaLKaTive person,KaDaNg2 jE PeNdiAm...sOMeTiMe EMoSiONaL, DuN kNow Y...agagagaga SaYa XsOmBUnK,Tp KLu Bz SaNgaT,SyA XdAPAt NaK MeMBaLaS KuNJuNGaN AnDa..;)

My Followers

Friday, February 17, 2012

tips potong kuku *.*

Salam jumaat semua..semoga anda berada dalam keadaan yang baik sahaja…hari ini saje nak cita sikit salah 1 daripada anggota badan kita iaitu jari-jemari atau lebih senang ngomong tips memotong kuku yang lebih afdal..aku suke potong kuku hari jumaat tapi selalu terlupe jadi terpaksa postpone ke hari isnin..Dikatakan bahawa menyimpan satu jari kukuyang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang,jeng jeng jeng….!!!! bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut…tapi orang sekarang kan suka cakap kubur masing2…huhhuh


Kesimpulannya janganlah ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak / berwuduk.

Untuk Orang yang dah berkahwin dan mempunyai anak jika berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong ,dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala otak.opppssss

Takziah jumaat : Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. Jadi jom potong kuku ramai2…



Doa memotong kuku 

Cara-cara memotong kuku mengikut agama Islam

Mulakan dengan tangan kanan
Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk hingga kelingking. Biarkan dahulu ibu jari. Terus berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan jari kelingking hingga ke ibu jari tangan. Kemudian barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. Nak senang, tengok gambar!
Bagi kuku kaki pula bermula dengan kaki kanan bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari. Kemudian, kaki kiri bermula daripada ibu jari hingga jari kelingking... Kuku yang dipotong sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia
Hari Memotong Kuku & Hikmahnya

Hari Sabtu: nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penykit

Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin: nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa: nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu: nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis: nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat: nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT

nota kaki : renung-renungkan jangan lupa beramal...hee


                        

0 pengkritik tetap:

 
Copyright© All Rights Reserved ekynyoana.blogspot.com