kini kami telah siap sedia
jadi kami terajui yeah yeah
segala diimpi
kami teringin menjadi juara
kini kami telah siap sedia
jadi kami terajui yeah yeah~
Posted by ~LoVE PiNk~ at 11:30 PM 0 pengkritik tetap
Posted by ~LoVE PiNk~ at 11:15 AM 0 pengkritik tetap
Posted by ~LoVE PiNk~ at 5:47 PM 0 pengkritik tetap
Bahahaha,bagi aku memang lawak la cite ni..aku ketawa sorang2 pas bace ni tadi..so aku nak la post pasal cite ni..hope korang sume pon akan tergelak la macam aku atles senyum kambing sikit pon jadi la..
Kisahnya tentang nenek dan juga cucu nya.........
" Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya yang xbape nak muda lagi.....
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek..*muahahaha ketawa jahat).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek tu ea cu."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"
Nota Kaki : Hahahaha lawak tak??korang yang bace ni ade gelak x? busuk2 pon buat2 la gelak weii...hee sekarang ni aku macam rajin lak cari cite2 lawak dapat gk la hiburkan haty..nk g clubbing xbaik,dosa tau..
Posted by ~LoVE PiNk~ at 6:27 PM 0 pengkritik tetap
Posted by ~LoVE PiNk~ at 11:18 AM 0 pengkritik tetap
Posted by ~LoVE PiNk~ at 12:31 PM 2 pengkritik tetap
Posted by ~LoVE PiNk~ at 10:44 AM 0 pengkritik tetap
Posted by ~LoVE PiNk~ at 5:11 PM 0 pengkritik tetap
Posted by ~LoVE PiNk~ at 4:07 PM 0 pengkritik tetap
assalammualaikum...
Posted by ~LoVE PiNk~ at 5:29 PM 0 pengkritik tetap
Posted by ~LoVE PiNk~ at 11:22 AM 0 pengkritik tetap
PASIR GUDANG: “Malam tadi (kelmarin) Dirang muncul dalam mimpi, dia memeluk dan mencium saya sambil berkata: ‘Mak, kau cari aku ke?’ |
“Saya mengiakannya sebelum bertanya mengapa dia tidak balik dan Dirang menjawab: Jangan sedih lagi, aku di sini sudah ok,” kata Roselyn Alan, 25, ibu kanak-kanak berusia lima tahun yang dibunuh sebelum dibakar, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Dirang. |
Roselyn yang ditemui di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini semalam pada mulanya enggan ditemui kerana masih bersedih dengan kehilangan Dirang, namun akhirnya sudi berkongsi perasaannya selepas dipujuk. |
Sebelum itu, dia bersama 150 orang menghadiri pengebumian jenazah Dirang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai, jam 1.20 tengah hari. |
Menurut Roselyn, walaupun sedih dia tetap tabah menerima takdir kehilangan anak dalam keadaan cukup tragik. |
“Saya memang sedih, namun sebagai orang Islam, saya reda pemergian Dirang. Saya berterima kasih kepada semua pihak termasuk polis dan jiran yang banyak membantu kami selama ini. |
“Mungkin takdir Dirang begitu, walaupun dia pergi buat selama-lamanya, sekurang-kurangnya saya dapat melihat jenazahnya buat kali terakhir,” katanya. |
Pada masa sama, Roselyn memaklumkan mereka sekeluarga mempertimbangkan berpindah ke tempat lain. “Saya sering teringat serta terbayang wajah dan keletah Dirang apatah lagi apabila menonton siri animasi kegemarannya, Upin dan Ipin di televisyen. |
“Kami bercadang berpindah bagi melupakan semua kenangan di sini. Bagaimanapun ia masih dalam perbincangan memandangkan suami belum mendapat tawaran kerja,” katanya. |
Roselyn yang mengulangi harapan agar pembunuh Dirang menerima hukuman setimpal secepat mungkin berkeyakinan bekas suaminya tidak terbabit dengan kematian anak mereka. |
“Saya harap pembunuh akan ke tali gantung. Selain itu, saya percaya bekas suami tiada kena mengena dalam pembunuhan Dirang kerana dia terlalu sayangkan anaknya apatah lagi kami berpisah cara baik,” katanya. |
Menurut Roselyn, keluarganya juga mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin tiga hari berturut-turut bermula semalam. |
Pada 1 Mac lalu, Dirang dilaporkan hilang ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit di flat berkenaan. |
Hasil siasatan dan makulmat awam, polis kemudian menemui rangka manusia di dalam lubang di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Masai pada 8 Mac lalu dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan terhadap rangka berkenaan mendapati ia sepadan DNA Roselyn. |
Empat suspek membabitkan sepasang kekasih, rakan mereka serta bapa kandung Dirang masih ditahan reman oleh polis hingga esok bagi membantu siasatan. |
Posted by ~LoVE PiNk~ at 10:27 AM 0 pengkritik tetap
JOHOR BHARU : Misteri kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang terjawab selepas polis mengesahkan penemuan rangka rentung di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai di sini Khamis lalu adalah milik kanak-kanak malang itu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, ia berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka terbabit yang sepadan dengan DNA ibunya, Roselyn Alan, 25. “Berdasarkan pemeriksaan di tempat kejadian kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudian dihantar ke makmal di mana hasilnya sepadan dengan DNA ibunya.
“Siasatan awal sebelum ini mendapati ia milik manusia dewasa namun, siasatan lanjut mendapati ia milik Nurul Nadirah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, mayat yang dijumpai pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan proses pengecaman. “Empat individu termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tahanan reman. “Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang sementara motif sebenar kejadian masih disiasat,” tambahnya.
Posted by ~LoVE PiNk~ at 5:20 PM 0 pengkritik tetap
Jom kita sama-sama menambah ilmu pengetahuan..mudah mudahan entry ini dapat memberi manfaat kepada semua golongan...^^
Hari Isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah...
1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"
Hari Selasa
1. wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. habil terbunuh hari selasa..
Hari Rabu
1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..
Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah...
Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra
Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.
Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Allah menjadikan laiutan yang tujuh...
Nota Kaki : Sesungguhnya Engkan yang maha Besar...KebesaranMu tiada tanding,,
Posted by ~LoVE PiNk~ at 1:44 PM 0 pengkritik tetap
Posted by ~LoVE PiNk~ at 3:02 PM 0 pengkritik tetap
Posted by ~LoVE PiNk~ at 5:59 PM 2 pengkritik tetap
Posted by ~LoVE PiNk~ at 11:23 AM 0 pengkritik tetap