CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

AbOuT mE..(eKYn)

My photo
sG.BuLOh...., SeLaNGoR, Malaysia
AssALaMmUaLAiKum.. hello,hyee...My NaMe EkyN a.k.a Pari-Pari PaGi.. I'm 23 YeARs oLD,WoRking in 1 SMaLL Co. as a AdMiN CLeRk iN FiNaNCe..huhuhuh TaLKaTive person,KaDaNg2 jE PeNdiAm...sOMeTiMe EMoSiONaL, DuN kNow Y...agagagaga SaYa XsOmBUnK,Tp KLu Bz SaNgaT,SyA XdAPAt NaK MeMBaLaS KuNJuNGaN AnDa..;)

My Followers

Thursday, March 8, 2012

ku pendam sebuah duka..(:

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..mudah-mudahan kalian semua berada dalam keaddan yang baik2 aja untuk hari ni..insyAllah..hari ni rasa macam nak meluahkan isi perot yang ada...aku pasti mesti semua orang ada kisah2 yang tersendiri..aku ada jugak buat note kt FB tapi cume isi tersirat sahaja..jadi aku decide nak sambung kat blog aku sekali dengan isi tersurat siap dengan kesimpulan la biar  tak bersawang dan dihuni oleh labah2 blog aku yang ‘rock’ ni..ahahaha
entah kenapai tiba2 hati aku terpanggil untuk menulis tentang 'sahabat a.k.a kawan' dll.. bagi aku sahabat juga la yang telah banyak mencontengkan luka2 dalam hati aku ini. tidak tahu mana silapnya,mungkin aku yang telah banyak melakukan khilaf atau aku memang pantas mendapat persis kawan touch n go..aku cuba menjadi kawan yang baik tetapi akhirnya aku yang mendapat sedih..aku cuba untuk tidak berkawan dengan siapa2 tapi dengan tiba2 aku menjadi kawan kepada seseorang..
untuk pembukaan apa itu sahabat?? ‘sahabat’ satu perkataan yang sinonim dengan kita semua..tapi adakah kita tahu apa maksud sebenar sahabat atau kawan atau sahabat sejati atau teman sampai.....?? dalam bahasa mat salleh boleh dipanggil dengan ‘friend’..lebih up sikit BFF...Dari kamus dewan muka surat 239 baris ketiga perenggan ke lima ratus Sembilan puluh satu berbunyi : makne sahabat “Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang”..
aku nak tanya korang, masih ada lagi tak sahabat sejati dalam dunia ni..orang kata sahabat nak bergelak tawa tepi jalan pun boleh kutip tapi sahabat yang bersama kita bila kita dalam kesusahan nak kutip kat mana pulak ek??hehe..fikir-fikirkan..tapi dalam kita mencari sahabat sejati tapi pernahkah kita terfikir samaada kita ni seorang sahabat sejati yang sanggup menolong sahabat yang lain jika mereka dalam kesusahan..aarrggghhhh kadang2 kita dah tolong sehabis baik masih juga dilukakan..takkan aku nak mengungkit dan list kan semua pertolongan aku dalam bil semasa dia supaya dia ingat..nanti orang cakap aku mengungkit..padahal aku ikhlas buat semua tu dulu..aku bingung memikirkan apa yang terbaik untuk aku lakukan..tapi kenapa lah mereka semua tidak pernah pikirkan semua itu..ada orang cakap aku ni suka pendam,aku pon tidak pasti betul ke aku camtu,dan ada jugak orang cakap aku ni diam2 tapi sekali cakap menyakitkan haty / berbisa..aku tau la aku tahun ular tapi takkan la berbisa bak bisa ular ea dak..no komen la,ape2 pon orang cakap aku terima mudah mudahan dapat diperbaiki untuk masa akan datang..aminnn tapi apa yang aku tahu memang ada sedikit tergurisan haty pada orang yang bernama sahabat..wee jadi aku merasakan baik aku berdiam diri dalam masa yang sama menjauhkan diri dari dia..tak salah kan apa aku buat..???
persoalan aku, masih adakah sahabat sejati zaman sekarang ni?? senang sama2 susah pun sama2 jugak..huhh aku tidak ada jawapan even gune talian hayat pon belum tentu dapat jawapan..sebab aku pernah melalui saat2 di mana kawan yang telah berpuluk tahun akhirnya terkandas di stesen keretapi berhampiran..bukan aku lokek dengan perkataan maaf tetapi aku memberi dia ruang menjalani hidup tanpa aku sebagai sahabat..mungkin semua ini hukum karma bagi kehidupan kita,yang baik jadikan tauladan yang jahat nyah kau jauh2..pesanan ikhlas untuk semua, hargailah insan yang bergelar sahabat.jangan sia2kan apa yang ada di depan mata.nanti kita juga yang akan rugi/terasa..sahabat sejati memang sukar dicari namun senang saja dilupakan..dalam keghairahan mengejar impian/cita2..tentu ada teman disebalik perjuangan kita itu yang dipanggil sahabat..hargailah sahabat selagi termampu..=)
namun kita sering kali alpa, kenapa? manusia mudah lupa, lupa akan kebaikan yang diberikan oleh orang lain kepada kita..kita lupa akan teman/sahabat yang selalu bersama dengan kita tidak kira masa susah ataupun senang..kita hanya tahu ‘apa yang sahabat boleh bagi kat kita tapi kita x pernah berfikir apa yang kita boleh bagi kat sahabat kita sendiri’..memang susah untuk mencari sahabat yang betul2 dinamakan sahabat..tetapi cubalah untuk menjadi seorang sahabat yang betul2 ikhlas..dan hargailah sahabat2 kita..jangan bila mereka sudah tiada barulah kita nak menyesal dan dok terhingat2..fuhhh dah penat menulis,aku adios dulu…bubyeee

Nota Kaki : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan..(:

0 pengkritik tetap:

 
Copyright© All Rights Reserved ekynyoana.blogspot.com