CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

AbOuT mE..(eKYn)

My photo
sG.BuLOh...., SeLaNGoR, Malaysia
AssALaMmUaLAiKum.. hello,hyee...My NaMe EkyN a.k.a Pari-Pari PaGi.. I'm 23 YeARs oLD,WoRking in 1 SMaLL Co. as a AdMiN CLeRk iN FiNaNCe..huhuhuh TaLKaTive person,KaDaNg2 jE PeNdiAm...sOMeTiMe EMoSiONaL, DuN kNow Y...agagagaga SaYa XsOmBUnK,Tp KLu Bz SaNgaT,SyA XdAPAt NaK MeMBaLaS KuNJuNGaN AnDa..;)

My Followers

Tuesday, March 13, 2012

KEJAM GILER!!!

nurul nadirah dirang

JOHOR BHARU : Misteri kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang terjawab selepas polis mengesahkan penemuan rangka rentung di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai di sini Khamis lalu adalah milik kanak-kanak malang itu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, ia berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka terbabit yang sepadan dengan DNA ibunya, Roselyn Alan, 25. “Berdasarkan pemeriksaan di tempat kejadian kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudian dihantar ke makmal di mana hasilnya sepadan dengan DNA ibunya.

“Siasatan awal sebelum ini mendapati ia milik manusia dewasa namun, siasatan lanjut mendapati ia milik Nurul Nadirah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, mayat yang dijumpai pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan proses pengecaman. “Empat individu termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tahanan reman. “Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang sementara motif sebenar kejadian masih disiasat,” tambahnya.


Nota Kaki : Dek kerana ibu malas dan sibuk berFB ni lah "hadiahnya" apabila Dirang telah pun dijumpai dengan keadaan yang amat memilu hati. Kejamnya manusia sampai Nurul Nadirah @ Dirang mati dibakar..kemana pergi nilai kemanusiaan hingga sanggup berperangai NATES. Al-Fatihah untuk adik Dirang dan juga keluarga..Syurga pergimu wahai adik Dirang..insyAllah

0 pengkritik tetap:

 
Copyright© All Rights Reserved ekynyoana.blogspot.com