Friday, June 29, 2012
Al-Fatihah - Allahyarham Osman Kering
Posted by ~LoVE PiNk~ at 5:45 PM 6 pengkritik tetap
Kisah Jiran (^_^)
Posted by ~LoVE PiNk~ at 10:44 AM 4 pengkritik tetap
Wednesday, June 27, 2012
Wordless Wednesday # Dun Disturb Me !!
Posted by ~LoVE PiNk~ at 1:30 PM 5 pengkritik tetap
Tuesday, June 26, 2012
~self motivate
Posted by ~LoVE PiNk~ at 12:53 PM 6 pengkritik tetap
Monday, June 25, 2012
kerana terluka ~~
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan...
Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali ku melangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...
Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya...
Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini
Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa
Posted by ~LoVE PiNk~ at 5:24 PM 0 pengkritik tetap
Friday, June 22, 2012
Ustaz Don : Antara Sebab Rejeki Susah Nak Masuk
Hi semua, salam jumaat diucapkan..hari ini giler kentang punya bz..ni baru dan nak tarik nafas panjang2 n bawak bertendang, eh silap lak bawak bertenang..so sambil2 layan kacang kuda rebus bace entry meh la bace pesanan Uztaz Don Encem kita,katenya antara sebab rejeki susah nak masuk berpunca daripada beberapa faktor..sama2 kita manfaatkan nya oke..
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Nota Kaki : Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain...
Posted by ~LoVE PiNk~ at 4:00 PM 10 pengkritik tetap
Wednesday, June 20, 2012
Worldless Wednesday # Lawak !!!
Posted by ~LoVE PiNk~ at 9:45 AM 9 pengkritik tetap
Tuesday, June 19, 2012
"Birthday GiveAway And Up Your Follower by Ainie"
Posted by ~LoVE PiNk~ at 5:30 PM 9 pengkritik tetap
Monday, June 18, 2012
"Saya Mahu T-Shirt Bride & Groom Tu"
hehehhe tengok tajuk pon dah tau kan sebab ape saya nak join,nak cube nasib ni sebenarnya..dapat xdapat belakang cite..
kalau nak join jom click banner di atas oke...syarat-syarat bace sendiri ler...
berita hangat - 50 ORANG PERTAMA YANG JOIN CONTEST NI AKAN DAPAT T-SHIRT TU..!!! :)
Nota Kaki : adesss dug dag lak..dah lebih 50 org ke blum ek...hmm
Posted by ~LoVE PiNk~ at 2:47 PM 4 pengkritik tetap
Happy Father’s Day
Posted by ~LoVE PiNk~ at 11:11 AM 2 pengkritik tetap
Friday, June 15, 2012
'Segmen : Sha nak edit gambar awak'
Hai,hari mood baik nak buat segmen setelah sekian lama xjoin..sebenarnya saya dah mim alif lam sin,mane tidak..asik kalah jer,yang terbaru ade lah 1 mini GA tue,penat mengarang ayat baikkkk punya, perah otak sampai berdarah-darah tapi akhir sekali nama saya..sedih giler!!!*padahal yg menang aku tengok biase jer,xtau la ape yg dipandang!!huhh aku bukan gila hadiah ke ape,tapi adil la sikit..ong xde tol..so sad :'( tisu plz...
Btw,credit to Mrs.budubilis sebab mai singgah kt shout box ajak join..aku ikhlas masuk ni sebab nak sokong bloggers semua...
Macam biase la kan,nak join segmen mesti ade syarat,tunggu ape lagi moh la kita ramai join n usha2 sikit syarat2nya :-
1) Like Fanpage ni tau ::::> http://www.facebook.com/syascharyyna
2) Pastu rajin2kan jari folow blog nie ----> Tuan Blog
4) Post link entry kat kotak komen, link entry bukan link blog yea :)
5) Tunggu keputusan..
ATT : KEPUTUSAN BERDASARKAN RANDOM.ORG . KALAU SIKIT JE YANG JOIN AKAN ADE KEJUTAN :)
Posted by ~LoVE PiNk~ at 8:30 PM 0 pengkritik tetap
Thursday, June 14, 2012
Wednesday, June 13, 2012
Tuesday, June 12, 2012
Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang..jom baca!!
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.
Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.
Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.
Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.
Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.
Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.
UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)
korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan?
apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha.
admin pom terkena jugak macam korang! best apa hahaha
Posted by ~LoVE PiNk~ at 5:37 PM 4 pengkritik tetap