CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

AbOuT mE..(eKYn)

My photo
sG.BuLOh...., SeLaNGoR, Malaysia
AssALaMmUaLAiKum.. hello,hyee...My NaMe EkyN a.k.a Pari-Pari PaGi.. I'm 23 YeARs oLD,WoRking in 1 SMaLL Co. as a AdMiN CLeRk iN FiNaNCe..huhuhuh TaLKaTive person,KaDaNg2 jE PeNdiAm...sOMeTiMe EMoSiONaL, DuN kNow Y...agagagaga SaYa XsOmBUnK,Tp KLu Bz SaNgaT,SyA XdAPAt NaK MeMBaLaS KuNJuNGaN AnDa..;)

My Followers

Monday, April 30, 2012

selamat tinggal APRIL...




Tido bangun tido bangun hari ni dah 30 April 2012...hari terakhir untuk April..selamat tinggal April dan selamat datang Mei...Sebagai penutup bulan April ni jom kita jikidaout sifat manusia di bulan April...

KAJIAN DR FADZILAH KAMSAH TENTANG SIFAT MANUSIA - APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik..
  • Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal..
  • Sangat menarik dan pandai manjakan diri..
  • Punya daya mental yang sangat kuat..
  • Suka diberi perhatian..
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk )..
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang..
  • Sangat ber...ani dan tiada perasaan takut...
  • Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah..
  • Emosi cepat terusik..Try control the emotion..
  • Kecenderungan bersifat dendam..
  • Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan..
  • Kuat daya ingatan..
  • Gerak hati yang sangat kuat..
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain..
  • Berpenyakit di sekitar kepala dan dada..
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu...

Nota Kaki : hanya kajian,sesungguhnya yang baik datang dari Allah s.b.t, yang buruk datang nya dari manusia.. 




sudah cukup sudah..



 






 

kali ni aku nak menulis lebih kurang macam luahan hati,isi perut,usus dan sebagainya.. sapa xnak baca sila tekan pangkah..biar aku meroyan sorang2 dekat blog aku ni..aku nak menulis jugak sebab rase berat sangat kepala ni,mungkin ada batu konkrit agaknya terapung-apung kat atas kepala ni..sikit je lagi nak kena jambul..hik2

 entri yang bakal aku tulis kali ni boley dikatakan juga sebagai entri aku ada krisis,masalah jiwa dan mental,aku pon xtau nk watpe lg, kadang2 rasa nak giler pon ade..masyAllah parah tue..kadang2 aku tertanya2,kenapa lah aku diuji sebegini?berat sangat ujian ni,aku xsekuat yang Kau sangka..tapi apa2 pon aku kena kuat.. 

kalau lah masih ada fb boley la jugak aku meroyan ke menyalak dalam fb tue macam setengah2 orang yang melepaskan kentut di tepi tangga huhu..apakan daya,bukan sifat aku untuk menunjuk kesedihan,kegembiraan mahupon yang lain2..cume dalam blog ni sahaja tempat aku menulis,atles aku rase tenang walaupon aku tahu itu cume sementara..sekurang-kurangnya aku boleh menikmati sangat bahagia itu..hmm aku sebenarnya bingung,benda dah pon jadi kan.. mybe aku yang salah dan boley jadi slh dia. tp pengakhirannya aku xtau,dan jawapannya......

sudah cukup cukup sudah,
cukup sampai di sini saja,
daripada hati tersiksa,
lebih baik ku pergi saja,

Nota Kaki : mulakan hari esokmu dengan senyuman walaupon itu hanyalah senyuman palsu..:) tumpang bahu...sob2 :'(
papai~ 
 



 



esok cuti,arini kerja




SELAMAT HARI ISNIN
 
30 April 2012



Bila hari Ahad menjelma,
Pastinya esok Isnin hari untuk bekerja pula,
Bila cuti hujung minggu rasanya sekejap gila,
Esok dah kena kerja..
Hari ini dah hujung bulan,
Orang lain dah ramai yang bergaji,
Aku jugak yang masih gigit kuku,
Kesian kan...hahahaa

Nota Kaki : semua list untuk membeli belah dah siap..ppffftttttt  

Friday, April 27, 2012

=..= tazkirah jumaat : wanita penghuni neraka



sempena hari jumaat,aku selalu lah jalan2 g membaca untuk menambahkan ilmu di dada ini..nak jadi ustazah wallahhu'alam laaa..hee memang aku selalu dengar yang wanita sangat senang nak masuk syurga dan juga senang nak masuk neraka..jadi jom kita sama-sama baca supaya kita tidak tergolong org yg menjadi penghuni neraka..insyAllah

disini ada beberapa sebab yang membuatkan wanita menjadi Penghuni Neraka :-

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekek dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami." Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis..




Nota Kaki : MasyaAllah...jauhkan aku dari semua itu..sekadar ingin berkongsi dan peringatan kepada kaum wanita dan juga diri sendiri..

 

Segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup ~ ~


selamat hari jumaat semua..pagi ni excited lak nak join segmen Cik Buaya,walaupon saya takot buaya tapi bile dengan Cik Buaya saya xrasa takot pon..agagaga

 
---> comel giler banner segmen ni kan,like like like <----* ini ikhlas oke..
walaupon simple tp suke tgk sang buaya yg muka giler xcited nak bagi topup..hik2
sesiapa yg jatuh hati kt segmen ni klik banner di atas ea..^.^

pada sesiapa yang nak join segmen ni jom tengok syarat-syarat segmen:-
  1. Follow blog cik buaya - mesti tau
  2. Like la fanpage kat box sebelah kanan ni - ikot nawaitu
  3. Buat entri dengan tajuk : segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup
  4. Letak banner and letak link pada banner
  5. Pastu dah siap sila tinggalkan link pada kotak comment entri segmen ni oke
Segmen ni bermula dari 26/4 - 26/5/2012

Nota Kaki : jom join segmen ni.. :-) good luck pada semua yang dah join semen ni oke..
 

Thursday, April 26, 2012

1st Contest by Akma , Wany & Mira

holaaa..saya di tag lagi..terima kasih pada si kecik Eira Sha'miera yang sudah meng'tag saya...*.* setelah di tag,saya dengan jayanya meng'join contest :- 1st Contest By Akma,Wany,Mira..

 

sila lah klik banner untuk join contest ni oke..!

ID Facebook : Ekyn Yoana (*tapi dah xde FB la macamame ea?confirm kalah lagi :'()

ID Follower : ekyn

dan dengan ini,saya akan meng'tag :

Nota Kaki : Blog saya simple,tapi comel ke ek??hee no komen


1 2 3 On Air..^_^

 
Setelah heboh di sesi ujibakat,kini Studio On Air akan bersiaran pada setiap Ahad pukul 10 malam bermula 27 Mei. Seramai 20 peserta akhir program On Air bakal memberikan saingan sengit kepada sesama sendiri.  Juri tetap On Air, Aznil Nawawi berkata, kesemua mereka yang dipilih mempunyai kelebihan masing-masing selain bakat dinamik yang akan menjadikan pertandingan itu mencabar.

Tambah Aznil, walaupun program berkenaan diterbitkan untuk mencari pelapis pengacara baru di negara ini, pihaknya juga akan memastikan kesemua mereka mendapat pendedahan terhadap bidang kewartawanan sebagai asas dan persediaan melangkah sebagai personaliti televisyen. Mereka semua akan ditempatkan di Astro Awani di bahagian yang bersesuaian dengan mereka dan dari situ mereka akan diajar mengenai teknik penulisan berita dan analisis.

Sementara itu, Aznil berkata seorang peserta akan disingkirkan pada setiap minggu selepas dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan. Seorang atau lebih peserta yang lemah akan dipanggil dan diberikan peluang untuk membuat rayuan sebelum disingkirkan.Keputusan penyingkiran akan dilakukan oleh saya, Normala dan seorang juri undangan yang dijemput setiap minggu," ujarnya.

Sepuluh peserta yang terpilih adalah Anas Farhan (21), Azfar (24), Che Kamarul (29), Hafizudin (23), Hafizul (26), Hakim (27), Hassanal (27), Hefny (25), Hilal (24) dan Norhafis (27). Manakala sepuluh peserta wanita adalah Dahlia (24), Azfar (24), Halizah (27), Harleena (26), Ishabellah (24), Malissa (26), Natrah (20), Norsiah (24), Norheda (31), Nurulhana (24) dan Syakirin (23). Masih mengekalkan Karl Shafek sebagai hos untuk program Diari On Air pada setiap Rabu hingga Sabtu pukul 10 malam bermula 23 Mei.

sumber : mstar online

Nota Kaki : suka kat mamat yang Pak Nil cakap awk xhensem la,tapi awk comel..lalala~


 

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday - Cheer Up #

Cheer up guys !!!!!

Just 3 more days to go for weekend..hehehe

come on..........

www.FunAndFunOnly.net
Yeah...!!! Like that only  :-)
Good Job... :-)

Nota Kaki : Keep smile even you are sad.. 

 

Tuesday, April 24, 2012

kerna sayang..



Hari ini saya nak share 1 berita sedih,terharu bila baca paper pagi tadi. Dulu masa kecik2 pernah tanya kat mak bila dah besar nanti nak derma organ kat sesiapa yang nak..bila baca ni tiba2 teringat lak..sanggup ke saya buat macam adik ni buat.?

DUNGUN: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.

Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.
Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.

“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.

Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.

sumber www.hmetro.com.my

Nota Kaki : ade pesanan ringkas - dapatkan harian metro untuk berikut selanjutnya..hik2 Al-fatihah untuk adik Muaz..semoga dia tenang disana..aminn

 
Copyright© All Rights Reserved ekynyoana.blogspot.com