CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

AbOuT mE..(eKYn)

My photo
sG.BuLOh...., SeLaNGoR, Malaysia
AssALaMmUaLAiKum.. hello,hyee...My NaMe EkyN a.k.a Pari-Pari PaGi.. I'm 23 YeARs oLD,WoRking in 1 SMaLL Co. as a AdMiN CLeRk iN FiNaNCe..huhuhuh TaLKaTive person,KaDaNg2 jE PeNdiAm...sOMeTiMe EMoSiONaL, DuN kNow Y...agagagaga SaYa XsOmBUnK,Tp KLu Bz SaNgaT,SyA XdAPAt NaK MeMBaLaS KuNJuNGaN AnDa..;)

My Followers

Thursday, April 26, 2012

1 2 3 On Air..^_^

 
Setelah heboh di sesi ujibakat,kini Studio On Air akan bersiaran pada setiap Ahad pukul 10 malam bermula 27 Mei. Seramai 20 peserta akhir program On Air bakal memberikan saingan sengit kepada sesama sendiri.  Juri tetap On Air, Aznil Nawawi berkata, kesemua mereka yang dipilih mempunyai kelebihan masing-masing selain bakat dinamik yang akan menjadikan pertandingan itu mencabar.

Tambah Aznil, walaupun program berkenaan diterbitkan untuk mencari pelapis pengacara baru di negara ini, pihaknya juga akan memastikan kesemua mereka mendapat pendedahan terhadap bidang kewartawanan sebagai asas dan persediaan melangkah sebagai personaliti televisyen. Mereka semua akan ditempatkan di Astro Awani di bahagian yang bersesuaian dengan mereka dan dari situ mereka akan diajar mengenai teknik penulisan berita dan analisis.

Sementara itu, Aznil berkata seorang peserta akan disingkirkan pada setiap minggu selepas dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan. Seorang atau lebih peserta yang lemah akan dipanggil dan diberikan peluang untuk membuat rayuan sebelum disingkirkan.Keputusan penyingkiran akan dilakukan oleh saya, Normala dan seorang juri undangan yang dijemput setiap minggu," ujarnya.

Sepuluh peserta yang terpilih adalah Anas Farhan (21), Azfar (24), Che Kamarul (29), Hafizudin (23), Hafizul (26), Hakim (27), Hassanal (27), Hefny (25), Hilal (24) dan Norhafis (27). Manakala sepuluh peserta wanita adalah Dahlia (24), Azfar (24), Halizah (27), Harleena (26), Ishabellah (24), Malissa (26), Natrah (20), Norsiah (24), Norheda (31), Nurulhana (24) dan Syakirin (23). Masih mengekalkan Karl Shafek sebagai hos untuk program Diari On Air pada setiap Rabu hingga Sabtu pukul 10 malam bermula 23 Mei.

sumber : mstar online

Nota Kaki : suka kat mamat yang Pak Nil cakap awk xhensem la,tapi awk comel..lalala~


 

0 pengkritik tetap:

 
Copyright© All Rights Reserved ekynyoana.blogspot.com