6 years ago
Friday, April 20, 2012
---> Be Strong <---
Sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah untukMu, kadangkala rasa lemah itu menyapa diriku ini. Berikan lah aku seribu kekuatan untuk menghadapi dengan senyuman...
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan ku rebah dan tersungkur. Terkadang, cukup hanya dengan satu ujian yang datang menerpa. Namun,beratnya sudah cukup membuat ku kehilangan arah.
Jika ku berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, Alhamdulillah.Bersangka baiklah wahai manusia kepada yang Maha Pencipta atas ujian yang menimpa kita. Dia mahu kita kembali kepadaNya. "Ingat,Dia mahu kita selamat di ‘sana’..." insyAllah
Nota Kaki : Wahai diri, bersabarlah dan hadapinya dengan senyuman :-)
Posted by ~LoVE PiNk~ at 10:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pengkritik tetap:
Post a Comment