CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

AbOuT mE..(eKYn)

My photo
sG.BuLOh...., SeLaNGoR, Malaysia
AssALaMmUaLAiKum.. hello,hyee...My NaMe EkyN a.k.a Pari-Pari PaGi.. I'm 23 YeARs oLD,WoRking in 1 SMaLL Co. as a AdMiN CLeRk iN FiNaNCe..huhuhuh TaLKaTive person,KaDaNg2 jE PeNdiAm...sOMeTiMe EMoSiONaL, DuN kNow Y...agagagaga SaYa XsOmBUnK,Tp KLu Bz SaNgaT,SyA XdAPAt NaK MeMBaLaS KuNJuNGaN AnDa..;)

My Followers

Tuesday, April 24, 2012

kerna sayang..



Hari ini saya nak share 1 berita sedih,terharu bila baca paper pagi tadi. Dulu masa kecik2 pernah tanya kat mak bila dah besar nanti nak derma organ kat sesiapa yang nak..bila baca ni tiba2 teringat lak..sanggup ke saya buat macam adik ni buat.?

DUNGUN: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.

Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.
Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.

“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.

Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.

sumber www.hmetro.com.my

Nota Kaki : ade pesanan ringkas - dapatkan harian metro untuk berikut selanjutnya..hik2 Al-fatihah untuk adik Muaz..semoga dia tenang disana..aminn

0 pengkritik tetap:

 
Copyright© All Rights Reserved ekynyoana.blogspot.com