Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini dah hari jumaat kan,penghulu segala hari. Jadi hari ini aku nak menulis tentang zikir..Zikir tu tandanya kita ingat kepada Allah...Bila sahaja kita dilanda musibah, zikir salah satu penawar hati yang sering menjadi santapan rohani.. Tapi jangan lah time susah jer ingat Allah bila senang tata..
Ermm dah dewasa ini, aku sendiri pun kadang2 alpa.. Bila ditimpa musibah akan sentiasa menyalahkan orang lain, tapi sendiri tak pernah berfikir semua itu adalah ujian daripada Allah yang seringkali memberi peringatan kepada Hambanya agar ingat kepadanya..
Untuk itu, berdoalah kepada Allah lagi2 hari ini hari jumaat hari akan berlakunya Kiamat..Wallahualamm..
Jom sama2 kita dengar,malam semalam bile dengar zikir di Astro Oasis ni tersentuh hati sanubari..Jadi basahkan lidahmu dengan Zikrullah. Ia akan menjadi satu amalan yang baik untuk kita semua..InsyAllah
Allah...Allah...Allah...Ya Allah...
Motivasi Jumaat : Ya Allah.. Sesungguhnya aku hamba mu yang lemah, kau berikanlah aku kesempatan untuk aku beriman kepada mu ya Allah. Ya Allah kau ampunkan lah dosa-dosaku. Dosa ibu bapaku, adik beradikku, dan seluruh muslimin dan muslimat di dunia ini. Kau berilah akan aku kekuatan, keimanan, keikhlasan agar aku dapat teruskan kehidupan yang telah tertulis di setiap amalan2 ku, serta dan yang tercatit di kiri dan kanan ku. Kau berikanlah akan kami iman agar kami menjadi umat2 yang soleh dan solehah..
0 pengkritik tetap:
Post a Comment