Awal minggu lalu industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita panas mengenai hos wanita popular yang telah menendang dan memijak muka seorang wanita di sebuah kelab hiburan yang terletak di Jalan Sultan Ismail..
Pada Isnin lalu sebuah blog popular telah menyiarkan penafian Dira berhubung dakwaan yang mengatakan pengacara itu terlibat dalam insiden tersebut dan dia mengatakan dia tiada masa untuk ke tempat sedemikian.
Malah hari ini, melalui blog yang sama telah disiarkan pula laporan pihak polis daripada mangsa berkenaan insiden berkenaan.
"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan dan melibatkan pihak berkuasa. "Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana paham dengan situasi saya sekarang," jawab Dira.
sumber : http://www.murai.com.my/
Nota Kaki : Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata / perbuatan macamane lak nak under ek??
0 pengkritik tetap:
Post a Comment