Thursday, May 31, 2012
Welcome June ^^
Posted by ~LoVE PiNk~ at 2:01 PM 5 pengkritik tetap
Wednesday, May 30, 2012
Monday, May 28, 2012
soalan yang selalu bikin panas..
Soalan Vangang yang boleh buat Orang Lagi Vengang..
Benda ni selalu terjadi dalam kehidupan seharian kita..kalau mood tengah baik boleh la layan,tapi cube angin monsun tengah sampai x ke naye??!!huhuhu
1)Bila orang nampak anda baring tutup mata....
Soalan: Hyee! tidur ke?
Jawapan: Tak la,aku training mcm mana nak mati nanti...huhhhh
2)Imagine anda bawa tv anda yang rosak pergi jumpa technician untuk repair,dia mesti tanya gak:
Soalan: Nak repair tv ke?
Jawapan: Tak la,aku bosan! so saje aku bwk tv ni jln2..erkkk
3)Time anda bangun tidur, dan terus si bendul tu mesti tanya anda:
Soalan: Hyep! da bangun?
Jawapan: Ish,aku tengah tido sambil berjalan-jalan...haaaaa
4)Kawan anda call phone umah anda dan...
Soalan: Hello?.. Ada mana ?
Jawapan: Kat sini haa ,kat bus stop!!!sengal..!
5)Diorg nampak anda keluar dari bilik mandi dan dalam keadaan basah-basah..
Soalan: Eh baru mandi ke?
Jawapan: Ehh! Mana ada , Aku jatuh dalam lubang jamban tadi!!!eeeiiii
6)Anda di dalam toilet , pintu berkunci , ada gak orang ketuk pintu dan tanya anda..
Soalan: Ada orang tak?
Jawapan: ( *Suara Kiut* ) Mana ada orang!! Najis yang bercakap~cehhh
Nota Kaki : tolong la jangan jadi salah seorang yang ANNOYING!!sekian
Posted by ~LoVE PiNk~ at 10:56 AM 4 pengkritik tetap
Friday, May 25, 2012
bersabar la haty..
Jika anda pernah dizalimi, ingatlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah dicederakan dan cuba dibunuh kerana Islam.
Jika anda difitnah, ingatlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dituduh dgn segala kata nista.
Jika anda susah, ingatlah kekasih Allah Rasulullah صلى الله عليه وسلم, makhluk paling sempurna juga pernah bersusah payah untuk ummatnya.
Jika anda sedih, difitnah, dizalimi, dituduh dan berasa susah, cukuplah Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai motivasi.
Benarlah Baginda صلى الله عليه وسلم rahmat buat seluruh alam...
Posted by ~LoVE PiNk~ at 11:57 AM 8 pengkritik tetap
Thursday, May 24, 2012
jom kita berpuasa ^_^
Dan barangg siapa mengingatkan orang lain tentang ini seakan ibadah 80 tahun..Wallahualam..
Posted by ~LoVE PiNk~ at 1:50 PM 3 pengkritik tetap
Wednesday, May 23, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Ohh Rejab
22 May 2012 :::::: 1 Rejab 1433H
Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".
Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah"
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah.
Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya.
Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah s banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.
Kedua: Bertaubat
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.
Ketiga: Berpuasa.
Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".
Keempat: Berdoa.
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.
Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.
Nota Kaki : Marilah sama2 kita tingkatkan amalan ibadah kita. Moga amalan kita diterima oleh Allah s.b.t insyAllah
Posted by ~LoVE PiNk~ at 9:30 PM 0 pengkritik tetap
tentang rasa
Lagu : Tentang Rasa
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Posted by ~LoVE PiNk~ at 12:18 PM 2 pengkritik tetap
Monday, May 21, 2012
"Segmen:5 Sebab Anda Suka Dia + Add Follower + Blogwalking"
Selamat hari isnin semua..hari isnin yang penuh ceria ni saya nak buat segmen,nk tahu segmen ape sila baju tajuk oke..malas nk taip panjang2,mood xbape nak baik ni...
credit to Eppy Naza kerana rajin singgah dan mengomen entry saya,tQ ea..terharu sangat..dan tQ kali kedua sebab ajak saya join segmen ni...
TARIKH TUTUP : 31 MEI 2012 JAM 11.59 MALAM
- Follow blog Eppy Naza a.k.a tuan punya segmen ialah satu kewajipan.
- Buat satu entri suke hati korang,tapi mesti bertajuk "Segmen:5 Sebab Anda Suka Dia + Add Follower + Blogwalking"
- Copy banner di atas dan pastekan dekat entri anda tu..jangan lupa link kan dia ke alamat entri ini,ok?
- Anda dikehendaki memberitahu 5 sebab mengapa anda suka dia = feberet artis ke,mama ke,papa ke,boyfriend ke,girlfriend ke,besfriend ke,sapa-sapa n apa-apa yang anda suka,ok?
- Dah siap bagi reason??Tag kan 3 orang rakan blogger anda dan syorkan kepada mereka agar mereka tahu..hehe
- Publish kan aje..senang kan?? Dah settle semua,buat selamba je send "saya join" dekat ruangan komen kat bawah. Alamat blog anda,jangan lupa pulak,tau!
- Jangan risau ye semua,blog-blog anda akan disenaraikan dan akan di 'blogwalking'. Yang lain-lain join jugak tu,sambil2 boleh ushar blog jiran-jiran an?
- Kalau sambutan luar normal,lebih daripada 30 penyertaan,aku akan kasi hadiah untuk champion,first-runner up and second runner-up untuk anugerah "BEST STORY". Sistem pengadilan dan hadiah-hadiah akan dimaklumkan kemudian.
tapi bab2 tag ni lemah..xtau nak tag siapa..hhmm
- Mrs Sufatihanur
Dengan ini,saya mengatakan 5 sebab kenapa saya suke Dia...
- Dia sangat comel,suara pon kepit-kepit jer..hahaha kiut miut..*alo tomei tomei
- Dia bulat dan warna biru..*hehe teka la siapa
- Dia takut tikus macam aku...*bahahaha sama naik,wec to da club
- Kalau susah boleh mintak tolong Dia..*tapi sedih malaysia xda Dia :'(
- Dia xde telinga,tapi boleh mendengar...*ajaib betol
huhu doraemon,saya sangat suka doraemon a.k.a tengok kartun ni lagi2 pada setiap sabtu 7.30 pm..xtau la kenapa,mungkin sebab doraemon ni boleh keluarkan banyak benda-benda yang best.. sebab umur dah 23 tahun pun aku masih lagi tengok doraemon.. hahaha
Nota Kaki : Kadang2 miss jugak tengok doraemon..yelaa,time2 maghrib la doraemon nk start..ish3
Posted by ~LoVE PiNk~ at 4:22 PM 5 pengkritik tetap
Friday, May 18, 2012
adehhhh :-S
Posted by ~LoVE PiNk~ at 5:05 PM 3 pengkritik tetap
Thursday, May 17, 2012
Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along
Hi hi hi!! Pari2 Pagi a.k.a ekyn in da house..pagi2 yang mendung kelabu ini saya nak join segmen Chegu Along ni haaa...semalam dapat jemputan dari Chegu Along untuk join segmen..hee TQ sudi menjemput ea..
Kepada semua yang rasa2 nak join and support segmen Chegu Along ni klik saje banner yang 'Hot' tu ea.. Segmen ini terbuka kepada semua bloggers dan tarikh tamat nya adalah pada 11.59pm 16 Jun 2012.
Posted by ~LoVE PiNk~ at 12:24 PM 4 pengkritik tetap
Wednesday, May 16, 2012
Tuesday, May 15, 2012
Selasa yang Lambat ..
Hari ni dah masuk hari selasa, rasenya hari ini jam berdetik dengan lambat sekali..mungkin kerana kekurangan kerja jadi aku rase jam kat ofis ni cam rusak..adessss cepatlah petang xsabar nak balik ni...hehehe
Hari ni juga masuk hari kedua berpuasa ganti... sebelum ni nawaitu dah ade tapi buatnya idak,dan akhirnya aku nekad untuk berpuasa juga mane tahu kalau2 leh
Semalam pengalaman berpuasa sangat mencabar,saya tak tahu mungkin sebab
Posted by ~LoVE PiNk~ at 10:50 AM 5 pengkritik tetap
Monday, May 14, 2012
Sunday, May 13, 2012
Selamat Hari Umi ^^
Posted by ~LoVE PiNk~ at 10:00 AM 2 pengkritik tetap
Friday, May 11, 2012
Segmen: Saya Nak Lepak Ngan Awak!
jadinya,pas pikiq sapa nak diajak,*ntah dia sudi ke x ea diputuskan ade 3 orang saya nak bisik;saya nak lepak ngan awk!hee
Posted by ~LoVE PiNk~ at 9:30 PM 6 pengkritik tetap
Thursday, May 10, 2012
Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan
klik jer banner tue kalau nak join atau nak usha2 je ke...^^
Posted by ~LoVE PiNk~ at 8:00 AM 14 pengkritik tetap