CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

AbOuT mE..(eKYn)

My photo
sG.BuLOh...., SeLaNGoR, Malaysia
AssALaMmUaLAiKum.. hello,hyee...My NaMe EkyN a.k.a Pari-Pari PaGi.. I'm 23 YeARs oLD,WoRking in 1 SMaLL Co. as a AdMiN CLeRk iN FiNaNCe..huhuhuh TaLKaTive person,KaDaNg2 jE PeNdiAm...sOMeTiMe EMoSiONaL, DuN kNow Y...agagagaga SaYa XsOmBUnK,Tp KLu Bz SaNgaT,SyA XdAPAt NaK MeMBaLaS KuNJuNGaN AnDa..;)

My Followers

Thursday, May 31, 2012

Welcome June ^^

Assalamualaikum dan selamat tengah hari rakan2 blogger..
Korang dah lunch ke??kalau belum pandai2 la g cari makan oke..hehehe
Syukur alhamdulillah aku masih lagi meneruskan puasa untuk hari yang kesepuluh..
Aku tengok ramai yang puasa lagi2 pada bulan rejab ni..
Jom la kita sama2 puasa.. :D :D :D
Hari ni teringin rasanya nak berbuka puasa dengan nasi kerabu.
Mungkin kerana aku ade darah belah2 kelantan sebab itu la suka makan nasi kerabu..lalaalala~
Tengok orang lain makan lunch xsabar nak tunggu buka puasa, Ya Allah kuatkan imanku..insyAllah

sumber : google
  
Nota Kaki : Today is the last day of  May in 2012.. May, you did gave me a great moments in my life. Thanks a lot.. However, you still can’t give me a peaceful..:’) Now, I’m hoping on June.. 

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday # TQ

 
sumber : google
 
Nota Kaki : Terima kasih Ya Allah kerana Kau telah menurunkan hujan pagi ini...
 

Monday, May 28, 2012

soalan yang selalu bikin panas..

Soalan Vangang yang boleh buat Orang Lagi Vengang..
Benda ni selalu terjadi dalam kehidupan seharian kita..kalau mood tengah baik boleh la layan,tapi cube angin monsun tengah sampai x ke naye??!!huhuhu

1)Bila orang nampak anda baring tutup mata....
Soalan: Hyee! tidur ke?
Jawapan: Tak la,aku training mcm mana nak mati nanti...huhhhh

2)Imagine anda bawa tv anda yang rosak pergi jumpa technician untuk repair,dia mesti tanya gak:
Soalan: Nak repair tv ke?
Jawapan: Tak la,aku bosan! so saje aku bwk tv ni jln2..erkkk

3)Time anda bangun tidur, dan terus si bendul tu mesti tanya anda:
Soalan: Hyep! da bangun?
Jawapan: Ish,aku tengah tido sambil berjalan-jalan...haaaaa

4)Kawan anda call phone umah anda dan...
Soalan: Hello?.. Ada mana ?
Jawapan: Kat sini haa ,kat bus stop!!!sengal..!

5)Diorg nampak anda keluar dari bilik mandi dan dalam keadaan basah-basah..
Soalan: Eh baru mandi ke?
Jawapan: Ehh! Mana ada , Aku jatuh dalam lubang jamban tadi!!!eeeiiii

6)Anda di dalam toilet , pintu berkunci , ada gak orang ketuk pintu dan tanya anda..
Soalan: Ada orang tak?
Jawapan: ( *Suara Kiut* ) Mana ada orang!! Najis yang bercakap~cehhh
 Nota Kaki : tolong la jangan jadi salah seorang yang ANNOYING!!sekian

Friday, May 25, 2012

bersabar la haty..

assalammualaikum dan salam sejahtera

 
 
...Jika anda pernah bersedih, ingatlah kesedihan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Jika anda pernah dizalimi, ingatlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah dicederakan dan cuba dibunuh kerana Islam.

Jika anda difitnah, ingatlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dituduh dgn segala kata nista.

Jika anda susah, ingatlah kekasih Allah Rasulullah صلى الله عليه وسلم, makhluk paling sempurna juga pernah bersusah payah untuk ummatnya.

Jika anda sedih, difitnah, dizalimi, dituduh dan berasa susah, cukuplah Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai motivasi.

Benarlah Baginda صلى الله عليه وسلم rahmat buat seluruh alam...
 
Nota Kaki : Bersabar lah selagi termampu,insyAllah besar ganjaran dari Nya satu hari nanty..
 

Thursday, May 24, 2012

jom kita berpuasa ^_^

 

Riwayat Al-Thbrani dari Said b Rsyid "Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rejab, ia laksana berpuasa setahun,bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu2 neraka Jahanam,bila puasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, bila puasa 10 hari, Allah akan mengabulkn semua permintaannya.

Dan barangg siapa mengingatkan orang lain tentang ini seakan ibadah 80 tahun..Wallahualam..
Nota Kaki : Subhanallah...besar pahala kalau kita dapat berpuasa dalam bulan rejab..jom kita berpuasa kawan2.. 
 
 

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday # sabar

 
 sumber : Mr Google

Nota Kaki : Wahai haty,sentiasa la menanam sifat sabar..aminn 

Tuesday, May 22, 2012

Ohh Rejab

 


22 May 2012 :::::: 1 Rejab 1433H

 
Tak sangka hari ni dah 1 Rejab rupenya,xlame je lagi ramadhan pula menjelma...cepat sungguh masa berlalu kan..So hari ini aku nak menulis sikit tentang keistimewaan bulan Rejab ni..

Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah"

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah.

Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya.

Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah s banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-
Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Kedua: Bertaubat
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.
Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

Keempat: Berdoa.
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

Nota Kaki : Marilah sama2 kita tingkatkan amalan ibadah kita. Moga amalan kita diterima oleh Allah s.b.t insyAllah

tentang rasa

Penyanyi : Astrid
Lagu : Tentang Rasa


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Nota Kaki : Gara-gara Vanilla Coklat la aku tangkap cintan dengan lagu ni..heheh
 
 

Monday, May 21, 2012

"Segmen:5 Sebab Anda Suka Dia + Add Follower + Blogwalking"


Selamat hari isnin semua..hari isnin yang penuh ceria ni saya nak buat segmen,nk tahu segmen ape sila baju tajuk oke..malas nk taip panjang2,mood xbape nak baik ni...

credit to Eppy Naza kerana rajin singgah dan mengomen entry saya,tQ ea..terharu sangat..dan tQ kali kedua sebab ajak saya join segmen ni...


Taraaaa...ni banner untuk segmen kali ni..cam besa la,sape nak usha ke nak join ke sila sila kan laa..hanya klik sahaje banner di atas untuk maklumat lanjut..tapi kalau xnak bape lanjut,leh la tgk titik peluh saya menaip bawah ni..ahahaha

Syarat Penyertaan :- 
  1. Follow blog Eppy Naza a.k.a tuan punya segmen ialah satu kewajipan.
  2. Buat satu entri suke hati korang,tapi mesti bertajuk "Segmen:5 Sebab Anda Suka Dia + Add Follower + Blogwalking" 
  3. Copy banner di atas dan pastekan dekat entri anda tu..jangan lupa link kan dia ke alamat entri ini,ok?
  4. Anda dikehendaki memberitahu 5 sebab mengapa anda suka dia = feberet artis ke,mama ke,papa ke,boyfriend ke,girlfriend ke,besfriend ke,sapa-sapa n apa-apa yang anda suka,ok?  
  5. Dah siap bagi reason??Tag kan 3 orang rakan blogger anda dan syorkan kepada mereka agar mereka tahu..hehe
  6. Publish kan aje..senang kan?? Dah settle semua,buat selamba je send "saya join" dekat ruangan komen kat bawah. Alamat blog anda,jangan lupa pulak,tau!
  7. Jangan risau ye semua,blog-blog anda akan disenaraikan dan akan di 'blogwalking'. Yang lain-lain join jugak tu,sambil2 boleh ushar blog jiran-jiran an?
  8. Kalau sambutan luar normal,lebih daripada 30 penyertaan,aku akan kasi hadiah untuk champion,first-runner up and second runner-up untuk anugerah "BEST STORY". Sistem pengadilan dan hadiah-hadiah akan dimaklumkan kemudian.
 TARIKH TUTUP : 31 MEI 2012 JAM 11.59 MALAM KELIWON

tapi bab2 tag ni lemah..xtau nak tag siapa..hhmm
Mrs Sufatihanur
- CikHannah
- Sue

Dengan ini,saya mengatakan 5 sebab kenapa saya suke Dia...
  •  Dia sangat comel,suara pon kepit-kepit jer..hahaha kiut miut..*alo tomei tomei
  • Dia bulat dan warna biru..*hehe teka la siapa
  • Dia takut tikus macam aku...*bahahaha sama naik,wec to da club
  • Kalau susah boleh mintak tolong Dia..*tapi sedih malaysia xda Dia :'(
  • Dia xde telinga,tapi boleh mendengar...*ajaib betol
Dia yang aku maksudkan ialah......................





 




















D.O.R.A.E.M.O.N !!!!

huhu doraemon,saya sangat suka doraemon a.k.a tengok kartun ni lagi2 pada setiap sabtu 7.30 pm..xtau la kenapa,mungkin sebab doraemon ni boleh keluarkan banyak benda-benda yang best.. sebab umur dah 23 tahun pun aku masih lagi tengok doraemon.. hahaha

Nota Kaki : Kadang2 miss jugak tengok doraemon..yelaa,time2 maghrib la doraemon nk start..ish3

    Friday, May 18, 2012

    adehhhh :-S

    Salam Jumaat semua...semoga anda semua berada dalam keadaan sihat..
     
    Tiada kata-kata, hanya sekadar gambar menunjukkan keadaan ketika ini...adehhhh
     
    Nota Kaki : Yehaaaa,sok cuty...Kenny G buat konsert kt genting..nak g pon xbape nak cukup kos...huhuhu

    Thursday, May 17, 2012

    Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along



    Hi hi hi!! Pari2 Pagi a.k.a ekyn in da house..pagi2 yang mendung kelabu ini saya nak join segmen Chegu Along ni haaa...semalam dapat jemputan dari Chegu Along untuk join segmen..hee TQ sudi menjemput ea..

    Kepada semua yang rasa2 nak join and support segmen Chegu Along ni klik saje banner yang 'Hot' tu ea.. Segmen ini terbuka kepada semua bloggers dan tarikh tamat nya adalah pada 11.59pm 16 Jun 2012. 

    Create your own banner at mybannermaker.com!

    Syarat-syarat penyertaan :-
    1. Mestilah seorang blogger.
    2. Follow blog Chegu Along. (wajib)
    3. Klik like pada page Chegu Along. (tak wajib)
    4. Pastikan tajuk entri : Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along.
    5. Copy banner kat atas tu :  "Saya Blogger Hot" dan paste dalam entri anda.
    6. Paksa 3 kawan anda join segmen ni. 
    7. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen di bawah.  
    Sekian terima kasih...
    ehhh,lupe nak paksa kawan join segmen lak....
    Nota Kaki : ngomong2 dah kecewa sebenarnya nak join ape2 contest,segmen,GA..semalam baru kalah 1 GA...ahahaha padan muke saya..:P

    Wednesday, May 16, 2012

    Wordless Wednesday # 16 May

     
     
    Nota Kaki : Just wanna say thanks to all teachers who had taught me... 

    Tuesday, May 15, 2012

    Selasa yang Lambat ..

    Assalammualaikum..

    Hari ni dah masuk hari selasa, rasenya hari ini jam berdetik dengan lambat sekali..mungkin kerana kekurangan kerja jadi aku rase jam kat ofis ni cam rusak..adessss cepatlah petang xsabar nak balik ni...hehehe

    Hari ni juga masuk hari kedua berpuasa ganti...:cool: sebelum ni nawaitu dah ade tapi buatnya idak,dan akhirnya aku nekad untuk berpuasa juga mane tahu kalau2 leh slim river kan kan..tapi niat sebenar aku ingin berpuasa untuk melangsaikan hutang kepadaNya..insyaAllah

    Semalam pengalaman berpuasa sangat mencabar,saya tak tahu mungkin sebab cirit-birit ke + puasa nak pengsan rasanya, kaki-kaki, kepala lutut habis mengegel..penat, lesu rasenya..tapi hari ni alhamdulilah bersemangat sikit..mudah-mudahan sampai ke petang..amin

     
    Nota Kaki : In my mind ; i need vacation or rest day beside rest day on weekend....huhuhu

    Monday, May 14, 2012

    terukit senyuman ^_^

     
     
    Nota Kaki : Lame rasenya aku xmerasa gembira macam ini..thank u for make me happy..

    Sunday, May 13, 2012

    Selamat Hari Umi ^^

    assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera 

    hari ni hari ibu kan?mesti ramai yang bawak ibu masing2 g makan or mana2 jelah..and so sure ari ni tempat2 makan mesti full house,cam ulat ta*k..ngee jahat aku.. hmm sedang org lain sibuk2 hari ibu ni,aku terpikir lak,ari ni je ker ari ibu??hari lain2 cmner lak??teeeetttttttt

    aku pon xtau la nak sambut ke x,ada baca jgk sejarah ari ibu ni..xtau la sama ada betul or x..wallahu'alam.. tapi so far kalau aku ade ongkos lebey ke aku mesti bwk umi aku g makan or belikan makanan untuk die laa..xpon kalau g pasaraya die nak ape amik jelaaa..aku bukan anak yang banyak ongkos boleh belikan umi aku barang2 mewah tp sekadar mampu jer...

    umi,doakan anakmu ni berjaya dunia akhirat ea..insyaAllah  i LOVE my umi..

    Nota Kaki : hari yang lebih afdal apabila seorang anak menghadiahkan doa kepada ibunya..tapi jangan pula lupa bapanya...hehehe




     

    Friday, May 11, 2012

    Segmen: Saya Nak Lepak Ngan Awak!



    Hye semua..segmen lagi..kali ni segmen nak lepak ngan awk pula..nak lepak ngan sape ea?lalalaallala~*cari ilham nak ajak farachew dia yang tag saya..hahaha

    sesiapa nak join klik banner untuk maklumat lanjut kalau rasa saya punya penulisan agak confusing..jom kita tengok syarat nak join macam mane...:)

    Persyaratan Persyaratan adalah :-
    1. Buat entri bertajuk Segmen: Saya Nak Lepak Ngan Awak!
    2. Letakkan Banner kat atas tu dalam entri anda, dan linkkan sekali ke entri ni.
    3. Dalam entri anda namakan sorang or dua or tiga *maksimum orang bloggers yang anda rasa anda nak lepak. Contoh,kalau korang nak pergi shopping, makan-makan, tengok wayang, qiamullail kat masjid (Alhamdulillah...) macam tulah, agak-agak siapa yang korang nak ajak?
    4. Kalau dah listkan diorang, jangan lupa linkkan ke blog diorang (link blog sahaja! e.g. http://ekynyoana.blogspot.com ---> ekyn a.k.a pari2 pagi)
      5. Dah siap, copy & paste link entri korang tadi kat ruang komen.

    jadinya,pas pikiq sapa nak diajak,*ntah dia sudi ke x ea diputuskan ade 3 orang saya nak bisik;saya nak lepak ngan awk!hee
    --> Sally Yatiey
    --> CikHannah
    --> Mugmerah
     
    Nota Kaki : Tak wajibkan anda follow pencetus segmen,tapi kalau boleh follow lah yang join ni. Tuan segmen akan update senarai bloggers yang join kemudian. Enjoy bersegment ea rakan blogger..:) >.<"

     

    J.u.m.a.a.t

     
     
    Nota Kaki :  salam jumaat kepada semua...ramai yang nantikan ari jumaat kan??sebab esok cuti..hik2


    Thursday, May 10, 2012

    Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan

    Hi semua,segmen lagi..jangan marah haaa..sejak 2 3 4 5 6 7 8 9 menjak ni asik kena tag jer join segmen semua..saya sangat menghargainya..wee~

    klik jer banner tue kalau nak join atau nak usha2 je ke...^^
     
    ok,lets make it short and simple..rules and what so ever plz D.I.Y oke..
    miss Z berceloteh
    ok,lets make it short and simple..rules and what so ever plz D.I.Y oke..

    Pari-Pari pagi follower : 288 *kahkah segan giler nak tulis sikit sangat..
    Tempat Lahir : H.B.K.L

     
    Nota Kaki : agak2 ade ker lagi segmen or GA or contest untuk di buat??eerrrkkk



     
    Copyright© All Rights Reserved ekynyoana.blogspot.com